Saturday 24 August 2013

JANA WANG DENGAN HOBI MENULIS BLOG (PART 1)


Menulis merupakan salah satu hobi yang terbaik untuk menjana wang dengan hobi. Ada banyak cara untuk menggunakan aktiviti menulis sebagai hobi untuk menjana wang. Satu cara paling popular pada masa kini ialah menulis di blog. Jika kita dapat menulis dengan baik di blog kita, banyak cara untuk mendapatkan wang dari blog kita.

Sebelum kita menjana wang daripada blog semestinya kita perlu mempunyai sebuah blog. Pertama sekali pilihlah platform yang terbaik dan sesuai untuk anda memulakan blog. Ada banyak platform yang boleh anda pilih dan diantaranya ialah :-

  1. Blogger
  2. Wordpress
  3. Tumblr

Saya memilih Blogger sebagai platform blog saya. Setelah anda membuat pilihan, bolehlah anda memulakan aktiviti berblogging. Sebelum itu pastikan anda telah mempunyai idea atau niche blog anda. Ada banyak tema yang anda boleh pilih tetapi buatlah pilihan yang bersesuaian dengan anda. Fikirkan tema yang dekat dengan diri anda dan sesuatu yang digemari atau diminati. Antara contoh tema yang boleh anda pilih :-

  1. Hiburan
  2. Berita
  3. Perniagaan
  4. Peribadi
  5. Agama
  6. Komputer
  7. Games
  8. Kesihatan
  9. Muzik
  10. Fesyen
  11. Dan terlalu banyak tema lagi.
Setelah anda membina dan memiliki blog yang sempurna dan mempunyai kandungan-kandungan yang menarik, barulah anda akan mula menjana wang dengan hobi menulis blog. Terdapat berbagai-bagai cara kita dapat menjana wang daripada penulisan yang kita hasilkan di blog milik kita. Kita mestilah memastikan blog kita mempunyai karya penulisan yang baik dan menarik. Ini untuk memastikan banyak pengunjung akan berkunjung ke blog kita. Bukan itu sahaja, kita perlu memastikan blog kita cantik, kemas dan menarik. Kita juga perlu rajinkan diri kita untuk mengupdatekan blog. Terdapat banyak cara lain lagi untuk meningkatkan trafik ke blog kita.
Salah satu cara untuk menjana wang dengan hobi menulis blog yang paling popular ialah dengan pengiklanan di blog. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan pengiklanan di blog-blog. Ada berbagai-bagai jenis iklan yang ditawarkan. Anda cuma perlu memilih dan menggunakan platform pengiklanan yang betul dan bersesuaian dengan blog anda. Di antara pengiklan yang boleh dipilih :-
  1. Google Adsense  
  2. Nuffnang
  3. Chitika
  4. Innity
  5. Clicksor
  6. Bidvertiser
  7. Kontera
  8. Dan terlalu banyak lagi
Saya memilih Nuffnang untuk blog berbahasa melayu dan Chitika untuk blog saya yang menggunakan bahasa Inggeris. Pilihlah yang terbaik dan sesuai untuk blog anda dan mula menjana wang dengan hobi menulis blog. Menjana wang dengan hobi menulis blog bukanlah mudah tetapi anda mestilah sentiasa berusaha dan jangan berputus asa.

Untuk Buat Duit Dengan Menulis lebih mendalam, sila klik di sini.

Saturday 6 April 2013

JANA WANG DENGAN HOBI

  

Hobi adalah kegiatan yang selalu kita lakukan bila ada kelapangan masa. Wang pula kita perlukan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Tanpa wang kita tidak dapat membeli barang-barang keperluan hidup terutamanya makanan. Di zaman sekarang ini, masa kita banyak dihabiskan untuk mencari wang. Tekanan kerja, tekanan ekonomi diri dan tekanan menghadapi kesesakan jalanraya untuk pergi dan balik dari tempat kerja sering dihadapi terutama yang menetap di bandar-bandar besar. Disebabkan itulah kita perlu mempunyai hobi untuk ketenangan fikiran kita dan melupakan segala masalah tekanan yang kita hadapi.
 
Pada zaman kini, hobi yang kita miliki juga bukan sahaja untuk ketenangan fikiran ataupun kepuasan diri tetapi kita juga boleh menjana wang dengan hobi yang kita miliki. Kita boleh melakukannya secara part-time mengikut kelapangan masa kita seperti selepas bekerja ataupun hujung minggu. Kita juga boleh melakukan sepenuh masa jika kita benar-benar yakin kita boleh menjadikan hobi kita mesin menjana wang.

Bayangkanlah bagaimana anda menjana wang untuk pendapatan anda dengan melakukan kerja yang anda gemari dan minati? Bayangkanlah juga bagaimana kepuasan dan keseronokan menjana wang dengan hanya mengunakan hobi anda gemari? Ia seperti anda sedang bersantai sambil berseronok tetapi ia juga mendatangkan hasil.

Di dunia ini ada beratus-ratus jenis hobi. Jadi kita perlulah memilih hobi terbaik untuk diri kita. Hobi itu bukan sekadar hobi sahaja tetapi pilihlah hobi yang boleh menjana wang untuk kita. Janganlah pilih hobi yang hanya kita sahaja perlu mengeluarkan wang tetapi pilihlah hobi yang akan menjana wang untuk kita. Yang paling penting hobi yang kita pilih itu mestilah sesuatu yang kita gemari.